Wednesday, January 20, 2010

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian,marilah kita tanamkan dalam diri kita rasa takut kepada Alah s.w.t semata-mata.Takut dengan maksud yakin dan percaya bahawa tiada makhluk lain yang boleh menandingi kebesaran dan kekuasaan allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t didalam surah al-baqarah ayat 256: “Tidak ada paksaan dalam agama islam (yakni untuk memeluknya) sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) daripada kesesatan (kekufuran). Oleh itu,sesiapa yang ingkar kepada thorut (syaitan atau berhala) dan dia pula beriman kepada allah,maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh,yang tidak akan putus,allah maha mendengar,lagi maha mengetahui”

Islam adalah agama yang mendukung kebebasan.Bebas untuk berfikir dan membuat keputusan,bebas untuk bersuara dan mengkritik,bebas untuk melakukan apa sahaja.Namun kebebasan yang didukung oleh islam bukan kebebasan mutlak,tetapi kebebasan yang terikat kepada syarat dan peraturan tertentu.Selagi mana kebebasan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak mengambil atau pun mencerobohi hak-hak orang lain,maka islam membenarkannya.

Namun terdapat segelintir masyarakat,mungkin terpengaruh dengan dakyah musuh-musuh islam menganggap bahawa islam adalah sebuah agama yang mengongkong kebebasan.Dalam islam tidak boleh makan itu dan ini.Dalam islam tidak boleh pakai itu dan ini.Dalam islam tidak boleh buat itu dan ini, sedangkan mereka tidak sedar bahawa perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan oleh islam terlalu sedikit berbanding dengan perkara yang telah dibenarkan dan dihalalkan oleh islam.Perkara yang diharamkan itu pun adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan mereka juga.

Salah faham segelintir masyarakat islam terhadap erti kebebasan telah menjerumuskan mereka kepada melakukan perbuatan diluar batas yang dibenarkan oleh islam.Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan sumbang dan munkar seperti bersekedudukan,berzina,meminum minuman keras dan berbagai lagi kemaksiatan dengan alasan kebebasan.Kebebasan menurut mereka ialah boleh melakukan apa sahaja menurut kehendak hati dan nafsu,biar pun ia bercanggah dengan kehendak agama dan bertentangan dengan nilai murni kehidupan bermasyarakat.Apa sahaja yang datang dari barat,diterima dan diagung-agungkan,walaupun ia menodai fitrah manusia yang sebenar.

Kebebasan beriktikad merupakan satu perkara yang termaktub didalam al-quran dan sunnah. Dalam erti kata yang lain,manusia bebas memeluk apa sahaja agama yang dikehendaki dan disukai sebagaimana bebasnya manusia ketika dilahirkan.Berbeza dengan kerajaan rom yang meminta rakyatnya membuat pilihan samada memilih agama nasrani atau dihukum dengan hukuman bunuh.

Namun kebebasan memilih agama yang didukung oleh islam mempunyai syarat dan peraturan tertentu.Islam tidak membenarkan sama sekali seseorang yang telah mengaku islam keluar dari islam sesuka hati.Ini bagi menjamin supaya agama islam tidak dipermain-mainkan dan diperlekehkan oleh mana-mana pihak.Apabila seseorang itu telah masuk agama islam,ia sebenarnya telah menandatangani perjanjian dengan allah s.w.t bahawa tiada tuhan melainkan allah dan nabi muhammad pesuruh allah.Perjanjian ini sama sekali tidak mungkin boleh dibatalkan atau diingkari.

Firman Allah s.w.t ketika menggambarkan sikap segolongan ahli kitab:

“Segolongan daripada ahli kitab berkata (sesama sendiri),berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan kepada orang yang beriman itu(al-quran) pada sebelah pagi,dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya,supaya mereka (orang yang beriman)kembali menjadi kafir semua”.

(Ali-Imran ayat 72)

Keselamatan dan kesucian akidah merupakan suatu perkara utama yang sentiasa dipertahankan oleh islam.Malah umat islam diminta mempertahankan akidah walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda.Peperangan yang diistiharkan oleh saidina abu bakar terhadap golongan murtad membuktikan kerisauan,ketegasan dan tidak kompromi islam terhadap golongan ini.

Golongan yang tidak berfikir,tetapi menjadikan hawa nafsu mereka sebagai panduan dalam membuat sesuatu keputusan juga dicela oleh islam.Islam juga mencela golongan yang masih lagi melakukan amalan yang sesat yang diwarisi turun-temurun daripada nenek-moyang mereka.Termasuk juga dalam kategori ini golongan yang menerima sahaja arahan pemimpin dan ketua mereka yang menyesatkan tanpa berfikir buruk baiknya.Firman allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 67:

Islam juga mengambil berat mengenai kebebasan bersuara.Kebebasan bersuara dalam islam bermaksud setiap orang bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan,buah fikiran,teguran dan kritikan membina dalam sesuatu perkara.Malah islam menjadikannya sebagai suatu kewajipan bagi setiap individu muslim terutamanya jika ia melibatkan masalah ummah seperti menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada kemunkaran.Umat islam diseru supaya tidak takut berkata benar.Berkata benarlah walaupun ianya pahit.

Kebebasan akhbar juga termasuk dalam kebebasan bersuara.Namun kebebasan akhbar yang sebenar menurut islam ialah kebebasan dalam menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat.Akhbar atau majalah tidak seharusnya melaporkan berita yang tidak benar atau majalah mereka.Memaparkan berita-berita yang tidak berfaedah,mempamerkan gambar-gambar yang kurang sopan bukanlah kebebasan yang dituntut oleh islam.

“sesungguhnya orang yang suka menghebohkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman,mereka akan beroleh azab yang amat pedih didunia dan diakhirat,dan allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui”.

(An-Nur ayat 19)

Ya-allah,engakulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat ,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber: JAIS

0 Comments:

Post a Comment