Friday, March 18, 2011

Thursday, March 17, 2011



Isteri Jangan Cemburu Dengan Bidadari di Syurga

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita, sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh.. ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi.. Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho... mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat.

Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm.. kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada?

Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.

Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.

Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Coretan drps @ tentang cinta

Friday, February 25, 2011

~tUtuP~

Assalammualaikum~

tutup~

Wednesday, October 6, 2010




Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?

Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai ‘orang gua primitif’ memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?

Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai ‘manusia beruk’, juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?

Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.

Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.

Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.

Sejarah awal manusia – yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden.

Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori evolusi.
Para saintis evolusionis – dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia – bukan saja telah ‘menulis’ semula asal-usul manusia, bahkan juga ‘mencipta’ era khayalan seperti ‘Zaman Orang Batu’ dan ‘Zaman Batu’ untuk menjelaskan cara hidup ‘Orang Primitif’. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran ‘manusia beruk’ duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.

Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains – terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi ‘versi terbaru’, telah dibuktikan salah.

Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, ‘evolusi sejarah’ juga tidak pernah terjadi.

Saturday, August 7, 2010

~Air-cond~


~Dalam perjalanan ke PD~melalui Lebuhraye SPDH~10.30pm~

mUis : Lan..sejuk ar..

Lan : nak wat macam ner?aku pun sejuk gak...

mUiS : ko adjust la skit lan..sejuk sangat ni...

Lan : ko la adjust..aku maner tau....

mUiS : aku dah carik da punat die tak jumper ar...

Lan : punat aper?

mUiS : Air-cond..nak kasi tak sejuk...

KUK!!!

Lan : kepale bana ko!!kite naik moto la syaiton!!!

(tangan lan merah sebab luku helmet aku)



Thursday, August 5, 2010

-Izz Qalisya Soffea-

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.



Tuesday, July 13, 2010


Semalam : 13/07/2010~06:32pm

(o_O) : Oit..lapa ar....

( ^.') : Berenti la Asraf Cafe tu..pekene roti..

(o_O) : oooooOOoo...syok gak tu...

Parking kerete...betul2 depan kedai mamak.....port sebelah table aweks~(takde niat pepe hokeh!!)

(-'-) : Baiya apa mau minum...

( ^.') : Apa ada...

(-'-) : Suma ada...

(o_O) : Timing Belt Kancil ada ka?

(-'-) : Sudah habis la baiyya...

Bwahahahaha...ko ni mamak..tak paham cakap jela tak paham..aduhai....

Saturday, June 19, 2010

~PreMeLodi sAtu~
Bangun tido badan masih malas malas, kalau boleh nak tido terus sampai besok pagi.
Kipas putar perlahan, sejuk sejuk terasa melilit tubuh. Cahaya matahari masuk sikit sikit terlepas kawalan langsir biru. Cahaya yang sedikit menceroboh ruang tamu, menjadi tetamu.

Tangan tekan butang On di TV.
Siaran bosan stesen yang mahal. Berjaya atau tidak, bolos saja dinding itu.
sepuluh kali episod pun benda sama macam tahun lepas.

Amik remote tekan cari chanel lain.
Tekan tekan tak tukar, tekan tak tukar, tekan butang lima masih Bolos saja dinding itu.
Tekan Butang 3 juga bolos saja dinding itu.

Takkan bateri habis kot..
*pap* *pap* ketuk remote kat tangan.

"Woi bodoh! itu kalkuator aku la!"

"Arr!"


~PreMeLodi dUa~
Muis dapat sekolah asrama. Esok Muis akan mendaftar sebagai pelajar baru. Muis datang dari kampung. Hari ni Muis tumpang rumah Pak Cik, Pak Cik yang akan tolong daftarkan Muis ke asrama esok. Bapak dah balik awal pagi tadi sebab lembu kat kampung petang petang nak kene bagi minum.

Suasana rumah ni asing bagi Muis. Ekon sejuk.. Kat Kampung takde ekon.. Kalau nak merasa ekon bile time nak raya beli baju baru kat Pusat Pakaian Kim Wah je.

Lepas amik wudhu Muis masuk bilik solat, Pak Cik tengah tunggu Muis untuk berjemaah.
Pak Cik tengok Muis.. Muke Muis basah lagi, Wudhu belum kering. Muis gugup gugup segan. Pak Cik Rasa Pak Cik kene test Muis dulu.

Pak Cik : Muis, solat Magrib ni berapa rakaat?
Muis : Kalau di N.Sembilan 3 rakaat, Melaka ni tak tau la berape.

Thursday, June 17, 2010




"Aku selalu bercereka,
Tentang indahnya hidup mereka,
Aku selalu berkhayal,
Andai aku juga rasa"

"Tapi aku juga indah,
Kalau yang kau pandang bukan hakiki,
Aku juga layak tersenyum,
Jika di izinkan untuk aku menyanyi,...
........tetap indah walaupun bukan untuk aku"

"Sabarlah kawan, belum habis kau berjalan satu alam,
Senyumlah teman atas bijak kau mencoret pengalaman"

"Aku takkan ketawa dalam hiruk-pikuk bongkakmu,
tapi cuma tersenyum dalam tenang,......
...tenang kalam yang takkan kau dengar"

- ( ^,')~ tembak aku lagi sekali
3.40 pm/17 Jun 2010/lapar~~...

Monday, May 3, 2010

~ teguh ~




~ aKu~ bukan atas semue sebab aku faham~tapi aku tahu aku pernah tahu~ dan aku ingat yang aku tahu~terngadah dulu aku simpan untuk lopak yang datang biar tak terbungkam biar tak terbenam sampai acup fikir akal~

Alhamdulillah akal aku bukan sejengkal~ permainan dulu dah penat aku layan~ kalau datang sekali lagi pun aku tetap senyum~sebab aku~ tahu aku pernah tahu~

-time Mufid (adik aku paling kecik) darjah 1-aku belikan die jam tangan baru-

aKu : ok tak jam tu?

Upid : okey la..cantik sebab die ade nombor

aKu : Upid dah belaja tengok jam kan kat sekolah

Upid : -pandang aku, senyum- Dah!! cikgu ajar sampai pukul doblas.

aKu : Ok...kalo ikut yang cikgu ajar skang pukul beraper?

Upid : -pandang jam kat tangan, senyum- lagi 5 minit nak sejam.

aKu : erk!!bape no tepon cikgu ko!!?

~kite tak tau pae yang die fikir n jangan kite fikir kite tau ape yang org lain fikir~

~ ( ^.') ~




~ sOri~wA tErbAng tIngGi sAngAt~wA inGat sELamAt~ Lupe laK wA sAper ( ^.')y ~
-aKu mAkan aPe yAng lAyak-

Friday, April 30, 2010

~Harge~



Aku : Satu ni berapa dik?
Kedai : Dua ringgit.
Aku : or,, semua barang kat sini dua ringgit ye.
Kedai : Tak, satu barang je dua ringgit.
Aku : or macam tu,, barang mana yang dua ringgit tu?
Kedai : Semua ni la....

~Rumah kosong jangan anggap tak berisi..biar nampak bodoh tapi dalam tegak berdiri si Maulana yang akur~biar terbukak satu persatu jendela melepas amarah yang bertuhankan sitanduk..biar putih segala isi~aku bukan taksub tapi aku gemar bercereka tentang kamu yaitu aku~

Friday, April 9, 2010

Lahir Kamu




LAhir aku bukan untuk aku~...bukan untuk d-_-b

Tadi call abah...trut trut....

Abah : helo....

Aku : Assalammualaikum abah...

Abah : Walaikum salam...

Aku : abah sihat?

Abah : Sihat...

Aku : Abah wat pe tu?

Abah : Tengah cakap ngan ko la..

Aku : erk...ok....

Sayang abah

Thursday, February 18, 2010


Esok bukan hari ini..Yang layak kau canang seluruh petala untuk diratah mawas kalbu walhal memang tidak sedikit layak pun untuk kau kerling….esok bukan hari ini yang konon sentiase terselit lohong bermegah walhal kau tahu belum tentu esok itu untuk engkau…heh!!...belum lagi kenal siapa engkau sudah dijunjung hebatnye engkau walhal kau tahu engkau sendiri pun bukan untuk engkau…berani tuntut itu ini untuk bermegah walhal diri sendiri pun takut nak terngadah walhal kau tahu…martabat itu bukan untuk engkau..

Peluru jangan kosong kalau berhajat nak makan besar…Lafaz jangan tergantung kalau mengidam nak senyum lebar….jangan Hedonisme Ampuh itu yang kau sanjung…..

~Untuk aku lagi~Cis!!~

Wednesday, February 17, 2010

~Aduh~



11.35pm..Perjalanan pulang dari kampung..memandu 80km/h dari Bukit Putus..Lampu depan tak buleh High Beam..Muis n Apek sangat lapar..


Muis : Poit..kite singgah McD Senawang la...

Apek : Kenape mesti senawang?

Muis : Nak makan kasut?

Apek : Eleh...terkenang la tu..yela..

Parking kat tempat OKU.....Lock pintu..pegi kaunter...

Kaunter : Ye Adik nak ape?

Apek : Nak makan...

Kaunter : Erk....nak order ape?

Apek : Bagi Big Mac set Combo eah kak..

Kaunter : Nak Medium ke large?

Apek : Dah name pun Combo..

Kaunter : erk...ok2...(Pandang Muis) Adik lak nak aper?

Muis : Nak makan jugak...

Kaunter : (Tarik Muke)...order la..(nada berubah skit)

Muis : Leks la...Bagi saye Chicken Mc Nuget yang 6 ketul punye...tak mau set...

Kaunter : Air?

Muis : Air Love You..haahaha..nak Milo panas..tak mau ais

Kaunter : Makan sini ke?

Muis : Ade ke orang makan kat kaunter? Kitorang nak makan kat table saner...(Tuding jari ke meja paling hujung)

Minah kaunter tarik muke terus pegi siapkan order....pas kat Muis ngn Apek...Muis ngn Apek pegi makan kat table paling hujung...

1 Jam.....

Muis : Pek...tolong pangil minah kat kaunter tadik jap..

Apek : Apasal..?

Muis : Panggil Jek la..

Apek : Ok jap...

Minah Kaunter datang.....(Muke masam berbaur amarah)

Minah Kaunter : Ye?

Muis : Kire sume sekali berape kak...

Malam tu Apek gelak dengan nada yang paling kuat..dan Muis balik rumah dengan baju basah..kene simbah milo panas yang dah tak panas tapi tetap tergelak sampai Port Dickson..

Tuesday, February 16, 2010


-muar-
~

~Hari2 tersenggut....pikir mane lagik semangat nak dipungut... Makin susut akal bile teringat ape yang tak disebut..serabut..macam ribut..nak biar?..erm...biar la...~ semput

Wak Kolan
Wak Kolan
put,put,put,bujang semput,bia serabut jnji jiwa xreput..xkn suma kao nk sebut?kn DIA tentukn mner yg patut..aper nk serabut....?put,put,put....oi,oi!dilarang kentut!!


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
ahaks! but calibut otak serabut, susun jiwe belum lagi tersangkut, bukan mengharap sume nak direbut, cume kadang2 nak dapat yang dikaut, belum tentu dapat, belum tentu tersangkut, but calibut wa bukan karam kat laut tapi semangat makin susut..but calibut usus tercabut..


Wak Kolan
Wak Kolan
kuikuikui,ptui..kiter jln mner ader btoi,pelan2 kayoh br sempoi,tp kot nk tggu sume golek,tggu roy jd boroi...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
tau tape.roi kalao bimbing insyallah buleh semangat.lepas tu golek..hahaha...aku bukan ajak ko begolek..tapi teringat pepatah orang moden..." Tertongeng tak nampak pungung, Terngaga tak nampak lidah"....ape nak takot..kite kan ade DIE..surrrrrr..meluncur di pokok kaktus..


Wak Kolan
Wak Kolan
kite kan ade DIE?mmg la,ajal maut mner kte tau..kite kn ader DIA..hoh0..meluncur di pokok petai..kaktus bahaya...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
bahaye skang ni tak leh jangke..so lagi bek prektis dulu..kurang2 bile orang nak cong kite buleh beta "Ape lu pikir wa tatau bende ni banyak duri?"


Wak Kolan
Wak Kolan
btl gak kn...at least utk kali ke2 kter kebal ckit rs duri2..ha...ay0k...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
kali ke 2?bile 1st?

Mohamed Redzuan Zain
cuba jadi mata duitan.. sekurang kurangnya dapat kita lupakan.. segala yg amat menyakitkan.. biar org mengata bukan2.. janji kita happy sakan.. cuma nasihat abg wan.. jgn sampai jd setan...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
abg wan : kitorang nak enjoy umpama setan jek buleh?hehehehe....


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
umpama jin xpe lg.. jgn umpama setan...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
ok2..jin ok gak..wakakaka..kalo macam jin rasenye kitorang dah lamer lulus kot..


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
sebaik baik jin,sejahat jahat manusia.. camne blh lulus...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
kitorang berkelakuan yang paling jahat giler!!!wakakakaka..kitorang kutok pencurik ayam..lepas tu bayangkan pencurik ayam tu curik ayam lain..lepas tu die curik lagi..curik lagi...curik lagi..erk...?buleh kan macam tu?


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
perggghhhhhhhhhhhhhhh.. idea jahat yg bernas...


Wak Kolan
Wak Kolan
menawek2...lps ni bt MLM curik ayam..leader kne cr ayam 5eko...


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
ayam kaler hitam...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
tapi pencurik tu musang putih..hahahaha


Wak Kolan
Wak Kolan
cukup2..


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
hahaha.. musang putih berbulu ayam...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Bulu baru nak tumbuh la bng..tapi gaye macam dah kenyang makan garam...tak reti hormat makhluk lain..nak curil tu curik jek la..tak yah nak gegar kuat bagai..hahaha..musang skang dah makin maju..


Mohamed Redzuan Zain
Mohamed Redzuan Zain
peralatan cukup mcm org nk rompak bank.. educated...


Mohd Mu'aiz Bin Salamat
Mohd Mu'aiz Bin Salamat
aducated but dsprate...

~~~


Thursday, February 11, 2010

~HRMIS~

~Salleh~

Hari ni Muis kene isi Borang HRMIS (data lengkap kakitangan)...Muis isi bersame ngn Salleh...

>Nama : Mohd Mu'aiz Salamat
>Gelaran : Encik
>Pangkat :...............

Salleh : Muis...Pangkat ni ko taruk ape?
Muis : Leftenan
Salleh : Ape lak Leftenant? Ko kan Pembantu Teknik..
Muis : Dah tu? Apasal Tanye?
Salleh : Owh..Ok2...

>Umur : 25 Thn
>Negara Lahir : Malaysia
>No Surat Beranak :................

Salleh : Oit...Ape eah No Surat Beranak Aku..?
Muis : Jap aku tanye arwah nenek aku....
Salleh : Owh..sori2...

>Status Bumiputra : Bumiputra
>Bangsa : Melayu
>Etnik :......................

Salleh : Etnik ni ko isi ape?
Muis : Etnik Kreatif.....
Salleh : ............... betul ke?
Muis : Salah...kosongkan je..

>No Tel : 01Maxis 907*******
>Status HP :....................

Salleh : Status HP ni macam ne?
Muis : Ko beli second ke baru....
Salleh : Yeke? Ni pun die nak tau ke?
Muis : Bukan la...Ko tak tengok ke ade tick Box sebelah tu.?Peribadi atau Rasmi..Tande la mane satu..
Salleh : Ko tande ape?
Muis : (Pandang Saleh).......Aku Tandatangan...
Salleh : Uih!!Muat ker?kotak ni kecik je..
Muis : Aduh!!Ko ni pehal!!?

~Muis Simpan Borang HRMIS dalam beg....Capai keyboard.....taip...
"www.kumitanilmu.blogspot.com"....Salleh pandang Muis...Salleh pun ikut simpan borang die...~